Ringkasan Che Mamat Parang Tumpul

Filem ini mengisahkan Che Mamat iaitu seorang individu yang sentiasa bernasib malang. Segala kerja yang beliau lakukan sentiasa tidak kena serta tidak mendatangkan hasil. Ini menyebabkan beliau sentiasa membuang masa dengan bercerita kepada kanak-kanak. Atas pujukan kekasihnya Fatimah, Che Mamat telah menyertai sebuah peraduan menulis cerita pendek. Kemenangannya telah membuka lembaran baru di dalam hidupnya apabila beliau mendapat tawaran menjadi wartawan di sebuah akhbar.